Madrasah Islahiah@Tarbiah Islahiah, PADANG SERAI


Madrasah yang diasas oleh Ustaz Hj. Adnan Majid ini terletak di Kampung Paya Kelubi, Sungai Karangan, Padang Serai. Bangunan Madrasah Islahiah atau Tarbiah Islahiah ini dibina pada tahun 1999 bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan dan anak-anak mereka menuntut ilmu agama di sini. Walaupun mempunyai bangunan konkrit, ia masih mengekalkan ciri-ciri pondok tradisional.

Tiga orang guru telah dipertanggungjawabkan mengajar ilmu Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok. Segala kos pembiayaian harian ialah hasil sumbangan orang perseorangan dan kutipan derma.

 Untuk dihubungi:

Tel: 04-485 0248

No comments:

Post a Comment