Madrasah An-Najjah juga dikenali sebagai Pondok Bukit Keledang terletak di Kampung Bukit Keledang, Mengkarak, Bera, Pahang. Bangunan berasaskan separa kayu dan separa konkrit ini dibina pada tahun 1954 oleh pengasasnya, Allahyarham Hj. Abdullah Mohammad atau lebih dipanggil Hj Abdullah Bukit Keledang.
Pada awal pembukaannya, madrasah ini hanya ada enam murid sahaja, tetapi bertambah kepada 100 orang sehingga kini di bawah bimbingan dan didikan Ustaz Hj Mohammad Hj Ilyas. Ada pelajar pondok ini yang berjaya menyambung pengajian agama di menara gading termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir dan ada yang menjadi guru agama. Ada yang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan tidak sedikit bekerja di sekitar Kuantan, Pahang.
Allahyarham Hj. Abdullah berasal dari Kampung Guai, Kuantan. Arwah mula belajar dan menimba ilmu agama di Kelantan iaitu di sebuah pondok di Kampung Lambor, Tumpat. Gurunya ketika itu ialah Allahyarham Hj Awang. Beliau belajar selama tiga tahun sebelum berpindah ke sebuah pondok pengajian di Kampung Jambu, kira-kira 10 kilometer dari Kampung Lambor.
Selepas tamat pengajian, Allahyarham Hj Abdullah memasang cita-cita hendak membuka pondok di kampung kelahirannya. Alhamdulillah, impiannya tercapai apabila ada individu tertentu bermurah hati mewakafkan tanah seluas lima ekar untuk beliau membina pondok.
Untuk Dihubungi:
Tel / Faks: 019-9382947
No comments:
Post a Comment