Madrasah Nurul Islam, AYER HITAM


Madrasah Nurul Islam atau Pondok Haji Bakar Palestin ditubuhkan sekitar tahun 1950-an oleh Allahyarham Hj. Abu Bakar Hj. Hanapiah atau Ustaz Nasir Palestin. Beliau banyak hidup mengembara mencari dan menuntut ilmu agama sehingga ke Mekah dan Palestin. Selepas meninggal dunia pada Julai 2012, pengurusan Madrasah Nurul Islam bertungkus lumus mencari tenaga pengajar baharu yang layak. Namun, ketika ini tugasan pengurusan pondok yang terletak di Ayer Hitam ini dipangku oleh Ustaz Adenan Ghazali yang sebelum ini belajar dan menetap di pondok ini.

Pada awal penubuhannya, iaitu kira-kira 60 tahun lalu, Pondok Haji Bakar Palestin menerima lebih 1,000 pelajar. Kini telah berkurangan kepada 500 pelajar. Antara murid cemerlang Pondok Haji Bakar Palestin ialah Ustaz Hj. Ahmad Hj. Ibrahim yang pernah bertugas sebagai imam Masjid Temerloh, Pahang.

Untuk Dihubungi:

Tel: 04-794 7609

No comments:

Post a Comment