Madrasah Sa’adatul Wataniah, BALING
Madrasah Sa’adatul Wataniah terletak di Kuala Ketil, Baling. Pondok ini dipanggil Pondok Pak Lang Mail oleh penduduk sekitar bersempena dengan nama pengasasnya, Ustaz Ismail Hj. Taib.
Beliau menjadi mudir di sini bermula daripada penubuhan pondok ini pada tahun 1995 hinggga sekarang. Tenaga pengajar di pondok ini ialah seramai empat orang dan mereka mengajar Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Qiraat, Mantiq, Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, Siasah, Falakiah, semua kitab tua dan kitab pondok.
Golongan sasarnya ialah lepasan UPSR, remaja dan dewasa. Sungguhpun hari ini bilangan pelajar yang ada hanya 40 orang berbanding 100 orang pada tahun 1995, namun ia masih bertahan sehingga ke hari ini. Sumber kewangan untuk terus mengimarahkan pondok ini diperoleh daripada kutipan derma, sumbangan korporat dan orang perseorangan.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-463 1087
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment