Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa terletak di Kampung Seri Repah, Tampin. Ia diasaskan oleh Ustaz Hj. Suhaimi Hj. Othman pada tahun 1996. Seorang hamba Allah telah mewakafkan tanahnya seluas 6.1 ekar kepada madrasah ini untuk dijadikan Pusat Pengajian Agama. Operasi bermula di sebuah rumah kayu. Selepas itu, atas sumbangan masyarakat, bangunannya diubah kepada konkrit sepenuhnya.
Yang Dipertuanya, Ustaz Hj. Suhaimi Hj. Othman bersama sembilan guru mengajar seramai 113 orang murid. Kebanyakan murid di sini berlainan latar belakang dan ada antaranya datang dari luar negara. Mata pelajaran diajar ialah Fardu Ain, Tauhid, Tahfiz dan kitab pondok. Manakala sistem pembelajarannya mengikut silibus atau waktu pondok itu sendiri.
Ada pelajar daripada madrasah ini telah menjadi guru agama. Pada Ramadan setiap tahun ada pelajar dijemput mengimamkan solat sunat Tarawih di Afrika Selatan, Indonesia, selain di Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain. Ada juga pelajar yang menyambung pengajian agama di Pusat Pengajian Agama terkenal di Indonesia untuk mendalami pengetahuan mengenai al-Quran dan Fardu Ain.
Hasrat mulia Ustaz Hj. Suhaimi ialah melahirkan pelajar yang mahir tahfiz al-Quran dalam tempoh tiga tahun.
Tel : 06-4418359
Ustaz Mohd Sufian B. Hj Ahmad Shukri Al Hafiz (019-6854990)
No comments:
Post a Comment