Ma’had As -Syatirie, ALOR SETAR
Ditubuhkan pada 30 Januari 2009, Ma’had As-Syatirie atau Pondok Sungai Dedap masih memerlukan dana yang banyak untuk menyiapkan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Yan, Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Didaftarkan atas nama Ma’had As-Syatirie, pondok ini tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan khidmat tenaga pengajar kerana 40 pelajar seniornya mendapat pengiktirafan daripada Ustaz Zulkiflie untuk menjadi guru dan mengajar ilmu agama kepada para pelajarnya. Ustaz Zulkiflie menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Darussaadah Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar (1986-1991); Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh), Kota Bharu, Kelantan (1992-2000); dan Madrasah As-Saadah Al-Islamiah (Pondok Gajah Mati), Pendang, Kedah (1997-2000).
Ustaz Zulkiflie yang merupakan lulusan Ma’had Ilmi Rubat Tareem, Hadramaut, Yaman (2000 hingga 2004), kemudian meneruskan pengajian di Universiti Damsyik, Syria pada 2006, sebelum kembali semula ke Rubat Tareem hingga tamat Halaqah Minhaj (Imam Nawawi) pada 2006. Pada tahun 2008 beliau pulang ke tanah air. Dua orang muridnya iaitu Syed Akhiar Syed Mohsin Al-Kaf dan Mohd Fiei’iy Adnan telah diterima melanjutkan pengajian di Rubat Tareem, Hadramaut, Yaman. Ustaz Zulkiflie Muhammad Suhaimi mengharapkan bantuan kewangan yang diperlukan dapat dikumpul secepat mungkin bagi memberi keselesaan kepada 130 pelajarnya yang mengikuti pengajian ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Nahu, Soraf, Tajwid, Sirah dan kitab pondok.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment