Pondok Alor Janggus, ALOR SETAR


Pondok Alor Janggus atau Madrasah Al-Falah ditubuhkan pada tahun 1965. Pondok ini terletak di Alor Setar, Kedah dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Negeri. Pondok ini diasaskan oleh Pak Lang Zakaria atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Zakaria Haji Muhammad Samah.

Pada tahun 2010, organisasi pondok ini dipimpin oleh Ustaz Hj. Ahmad Husairi Ahmad sebagai mudir. Beliau merupakan bekas murid Tuan Guru Hj. Zakaria. Beliau cenderung kepada ilmu Tauhid dan Fiqh. Ketika pondok ini mula dibuka, seramai 100 penuntut yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia seperti golongan warga emas, dewasa dan remaja telah mendaftar di sini, tetapi hari ini bilangannya mengecil menjadi 30 orang.

Di sini, penuntut pondok berpeluang untuk mempelajari subjek Feqah, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Tajwid dan semua kitab tua dengan dibimbing oleh tiga orang guru agama. Sumber kewangan yang diterima untuk pentadbiran pondok kebanyakannya daripada sumbangan orang ramai. Sebahagian daripada sumbangan itu digunakan untuk membina asrama pelajar lelaki.

Antara bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian di sini ialah Hj. Yaakub Senawi yang kini guru pencen di Sekolah Menengah Agama Rakyat, Kedah.

No comments:

Post a Comment