Pondok As -Salikin, BESERAH


Sebelum ini ada seorang hamba Allah merancang hendak membina sebuah pondok pengajian agama di atas sebidang tanah wakaf di Kampung Jeram, Beserah. Bagaimanapun, belum hajat itu dilaksanakan, hamba Allah berkenaan meninggal dunia.

Oleh itu, bagi merealisasi hajat arwah hamba Allah itu, penduduk kampung melihat Ustaz Hassan Zahari yang berpendidikan agama di Pondok Pattani, Selatan Thailand dan Pondok Tuan Guru Haji Abdullah sebagai orang yang sesuai, layak dan berkemampuan menunaikan hajat itu.

Atas bantuan penduduk kampung dan orang ramai, Ustaz Hassan berjaya membina Pondok As-Salikin pada 2010 dan memulakan pengajian agama dengan mendidik 10 orang pelajar pada satu-satu masa. Beliau mengajar ilmu Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok.

Untuk Dihubungi:

Tel: 013-986 5547

No comments:

Post a Comment