Pondok Bukit Gajah Teriak, JITRA


Ustaz Khairul membuka Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Agama, Pondok Gajah Teriak (Teriaq) yang terletak di Mukim Binjai, Jitra pada tahun 2000 dengan mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Beliau merupakan lulusan Sekolah Menengah Agama (SMA) Darul Saadah Titi Besi  Syahadah Mutawassyitoh dari 1985 hingga 1989. Kemudian menyambung pengajiannya di Pondok Alor Janggus (1989-1993), meneruskan usaha mendalami ilmu agama di pondok di Wilayah Pattani, Selatan Thailand selama empat bulan pada tahun 2004, sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Ma’ahad Dini di Syria.

Ustaz Khairul @ Baba Khairul kemudian kembali ke tanah air pada 2008 dan mengambil masa dua tahun selepas itu untuk membuka pusat pengajian pondoknya sendiri. Buku tulisan beliau mengenai Pekerti-Pekerti Nabi Muhammad SAW, Syarah Nama-Nama Nabi Muhammad SAW dan Mengenai Syarah Nama-Nama Allah kebanyakan digunakan dan menjadi rujukan oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian pondok di seluruh negara.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-510 4948

No comments:

Post a Comment