Pondok Haji Wan Salleh, JITRA
Selepas mengasaskan Pondok Haji Shafie (Balai Pos Sungai Korok), Allahyarham Hj. Wan Salleh Wan Ahmad kembali ke Kampung Sungai Baru, Jitra pada tahun 1963 untuk menubuhkan pondok agama yang dinamakan Pondok Haji Wan Salleh @ Wan Leh.
Allahyarham ialah bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau turut menimba ilmu di pondok dan menjadi guru agama. Kemudian beliau mendalami ilmu Allah di Mekah, sebelum balik ke tanah air menubuhkan pondok ini. Selepas pulang ke rahmatullah, legasi pondok ini diteruskan oleh mudir Ustaz Hj. Mohamad Nor Hj. Zakaria (1976-2006) dan Ustaz Abdul Hafiz Hj. Wan Salleh pada 2006. Jumlah pelajar yang ada kini ialah 200 orang.
Sistem pembelajaran berbentuk Umumi dengan menawarkan mata pelajaran Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Balaghah, Nahu, Qiraat, Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, Siasah, Falakiah, semua kitab tua, kitab pondok, Bahasa Arab (Komunikasi dan Bacaan serta Ilmu Mangkulat Asyaroh / Mantiq).
Untuk dihubungi:
Tel: 019-430 7937
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment