Pondok Lubuk Tapah atau Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Che Wan atau Baba pada tahun 1931. Beliau pernah menghasilkan tiga buku panduan agama bertajuk, Pedoman Solat Jemaah,Kelabaan Masa dan Kemanisan Sembahyang. Buku ini turut dijadikan panduan pelajar di samping ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Usul, Balaghah, Nahu, Qiraat, Mantiq, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah dan semua kitab tua.
Mudir pondok ini, Dr. Hj. Loqman Abdullah pernah belajar di Pondok Lubuk Tapah dan Sekolah Menengah Arab Pasir Mas, Universiti Malaya cawangan Nilam Puri, Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian di England. Kemudian beliau menjadi pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mengambil alih pengurusan pondok dari tahun 1960 hingga 2008.
Guru yang mengajar di sini seramai 30 orang dengan 200 pelajar termasuk 100 warga emas. Antara bekas pelajar yang berjaya ialah Hj. Abdul Rahman Omar, Imam Mukim Lubuk Tapah dan Dr. Zain Daud, seorang Pensyarah bahasa di KIAS, Nilam Puri, Kota Bharu.
Untuk dihubungi:
Tel: 013-975 4428 / 019-354 1203 / 012-985 4429
No comments:
Post a Comment