Pondok Meheliah, TUMPAT

Pondok Meheliah yang terletak di Kampung Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat diasaskan Allahyarham Tuan Guru Hj. Nik Abdullah Ismail atau Tok Guru Haji Nik Loh pada tahun 1927. Beliau telah memperkenalkan sistem pengajian dua aliran iaitu akademik dan pondok. Dengan itu lahirlah Sekolah Menengah Arab Meheliah Geting.

Selepas pengasasnya, meninggal dunia pada 1957, pengurusan pondok ini diambil alih oleh anaknya, Allahyarham Nik Mat Hj. Nik Abdullah dari tahun 1960 hingga 1993. Kemudian pengurusan pondok diambil alih oleh anak perempuan Allahyarham Nik Mat, iaitu Nik Zainab Nik Mat Beliau turut dibantu oleh adiknya, Nik Habsah.

Pondok ini mempunyai 36 buah pondok kayu dengan sebuah daripadanya bangunan konkrit yang dijadikan dom. Keseluruhan pelajar ialah pelajar SMU (A) Meheliah Geting. Pada sesi pagi, mereka mengikuti pelajaran akademik di sekolah, manakala pelajaran pondok pula bermula pada sesi petang dan malam.

Bekas pelajar yang berjaya ialah Hj. Abdullah Saamah (pengasas Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting).

Untuk dihubungi:

Tel: 09-721 1127

No comments:

Post a Comment