Pondok Nurul Islam Jelor, PASIR MAS

Pondok Nurul Islam Jelor ditubuhkan pada tahun 2001 di Kampung Sungai Keladi, Chetok, Pasir Mas. Pondok ini diasaskan oleh Haji Mohd Zain Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Tok Imam Zain Kubang Agong. Beliau banyak memberikan sumbangan dari segi perkongsian ilmu dengan mengajar agama di masjid-masjid di daerah sekitar. Tok Imam Zain pernah belajar agama di Pondok Pasir Tumboh,

Kubang Kerian, Kota Bharu dan pondok agama di Pattani, Selatan Thailand, selain mendalaminya di Mekah selama 10 tahun.

Mata pelajaran yang disediakan di pondok ini tidak banyak iaitu hanya ilmu Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid dan Tajwid sahaja. Tambahan pula pelajar di sini ialah golongan dewasa yang hanya belajar untuk melengkapkan ilmu di dada.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-923 6259

No comments:

Post a Comment