Pondok Penanti Kubang Ulu (Madrasah Manabiu’l Ulum), BUTTERWORTH
Pada tahun 1932, sepasang suami isteri dari Kampung Kubang Ulu, Penanti, Butterworth, Pulau Pinang telah menerima sebidang tanah daripada seorang hamba Allah yang mahu mereka memanfaatkannya dengan perkara yang berfaedah. Namun, disebabkan timbul beberapa masalah, maka tanah itu diambil alih oleh Tuan Guru Syeikh Osman Jalaludin, yang kemudiannya mendirikan beberapa buah rumah pondok.
Tuan Guru Syeikh Osman yang pernah menghasilkan buku bertajuk Alamat-alamat kiamat dan buku bercorak syiar keagamaan, telah menarik minat umat Islam dari Indonesia, Kemboja dan Thailand datang ke pondok ini untuk menimba dan menuntut ilmu agama dengannya.
Dengan 50 orang murid termasuk dari beberapa negara Asia Tenggara, Tuan Guru Syeikh Osman mengajar ilmu Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok.
Dr Mohd Radzi Osman, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) adalah antara murid cemerlang yang pernah menuntut ilmu di pondok tradisional ini.
Setelah Tuan Guru Syeikh Osman meninggal dunia, pengurusan pondok diambil alih oleh Ustaz Badrul Azhar bermula tahun 1999. Pondok ini kini mempunyai lima guru dan 250 pelajar.
Untuk dihubungi:
Tel: 04-521 9509 / 019-440 5007
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment