Pondok Madrasah Muhammadiah atau Pondok Haji Deraman ditubuhkan pada 1958 dengan gabungan moden dan tradisional. Pondok yang terletak di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai ini diasaskan oleh Hj. Abdul Rahman Sulaiman yang pernah belajar agama di Mekah (1951 hingga 1957). Allahyarham seorang yang aktif dalam persatuan seperti Persatuan Anak Kelantan (Perjasa), Persatuan Anak Melayu Pejabat pentadbiran Pondok Sungai Durian Semalaysia (Permas) dan Ahli jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Allahyarham pernah menghasilkan beberapa karya dalam Nahu, Soraf, Aqidah dan Fekah serta mengarang buku bertajuk, Lawatan ke Timur Tengah, Jadual Al-Kalam dan Jadual 2 Kalimah Syahadah.
Mudir yang menggantikan tempat Allahyarham ialah anaknya, Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang dilantik pada tahun 1988.
Pondok yang telah didaftarkan di bawah MAIK ini mempunyai 17 guru yang diberi amanah dan tanggungjawab mendidik 200 pelajar yang terdiri daripada warga emas dan remaja. Sistem pembelajarannya menggunakan kaedah pondok dan moden iaitu mengikut sukatan pelajaran Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Untuk dihubungi:
Tel & Faks: 09-966 4161
E-mel: mmpsd@yahoo.com
Laman web: http://pondoksgdurian.com
No comments:
Post a Comment