Pusat Pendidikan Al-Irsyad ini dihuni oleh kira-kira 300 orang pelajar. Bermula tahun 2015, para pelajar mula mengambil bahagian di dalam peperiksaan UPSR dan juga SPM di dalam pengajian akademik mereka.
Sebahagian daripada pelajar menetap di asrama yang disediakan oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Irsyad.
Selain daripada itu, En Muhammad Fadil Mustafa turut menguruskan Pondok Inabiah yang terletak di Jabal Sirr, Lot 2080, Jalan Pedas-Sepri, 71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Pondok Inabiah ditubuhkan khas bagi menjalankan aktiviti pemulihan penagih dadah dan masalah-masalah berkaitan akhlak.
Alamat
Batu 10, Labu, 71900 Labu
Mudir
Muhammad Fadil Mustafa / Mohd Lazimda Adam
No tel
019-6948806 / 010-7962337
No comments:
Post a Comment