Ribat Nasrul – Muhajirin, KODIANG
Ribat Nasrul – Muhajirin dikenali masyarakat setempat dengan nama Pondok Permatang Kaka. Ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan terletak di Kodiang. Golongan sasarnya ialah warga emas, dewasa dan remaja.
Pengasas pondok ini, Ustaz Mohamad Nasir Abdul Ghani yang juga merupakan mudir pondok banyak menyumbangkan jasa dari segi penghasilan buku-buku agama seperti wirid dan doa (petikan dari kitab-kitab) untuk para pelajar dan orang ramai dan memberikan kuliah.
Beliau ialah bekas pelajar SMA Darul Saadah Titi Besi (1985- 1989) sebelum menuntut di Pasir Tumboh, Kelantan (1989-1993). Selain menimba ilmu di dalam negara, beliau juga menuntut di Pattani, Selatan Thailand (1993-2000) dan Yaman, Hadramaut (2000-2002) sebelum kembali ke Malaysia.
Pada awal penubuhannya, Pondok Permatang Kaka ini hanya mempunyai empat orang pelajar. Dari setahun ke setahun, warga di sini semakin bertambah dengan bilangan pelajar sebanyak 70 orang dan seorang guru. Mata pelajaran yang diajar ialah Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Usul, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Qiraat, Mantiq, Faraid, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, semua kitab tua dan kitab pondok.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-480 3578 / 04-925 1205
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment