Yayasan An-Nahdhoh, BUKIT MERTAJAM


Pondok yang diberi nama Madrasah An- Nahdhoh ini diasaskan oleh Ustaz Hj. Abdul Mutalib Hj. Maarof sebagai pondok moden pada tahun 2003. Ia terletak di Mukim 5, Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Sistem pengajian disediakan di sini ialah Umumi, Nizami dan sukatan Al-Anuar Mesir. Sehingga kini, madrasah ini mempunyai kirakira 5,000 pelajar dan 28 orang guru. Pada awal penubuhannya, madrasah ini hanya  mempunyai 15 orang pelajar. Madrasah An-Nahdhoh ini yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kedah dijadikan sebagai kelas Tadika dan Pra-Tahfiz.

Pelajarnya terdiri daripada empat peringkat usia iaitu daripada warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Mereka diajar mata pelajaran Feqah, Tafsir, Tasawwuf, Sejarah Islam, Tauhid, Ilmu Aufat, Balaghah, Nahu, Mantiq, Faraid, Soraf, Akhlak, Sirah, Siasah, semua kitab tua dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:

Tel: 04-521 4103 / 04-522 3842

No comments:

Post a Comment