Tuesday 2 February 2016

Ijtimak Pondok 2016: Pencarian Calon Anugerah Dibuka


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sedang mencari calon-calon yang layak bagi menerima beberapa kategori penerima anugerah pada Ijtimak Pondok Malaysia 2016 yang bakal berlangsung tahun ini di Terengganu.

Sehubungan itu, pihak YPPM amat mengalu-alukan cadangan daripada pihak Tuan/Puan/Mudir/Guru sekiranya terdapat pondok yang dirasakan layak untuk dijadikan calon bagi kategori anugerah yang telah ditetapkan.


Antara anugerah yang akan diberi pada ijtimak tahun ini ialah :

1) Anugerah Pondok Inovasi
Anugerah ini diberikan kepada pondok yang aktif menjalinkan kerjasama dengan masyarakat luar dalam usaha memartabatkan institusi pengajian pondok. Pondok ini juga dilihat cukup komited melahirkan barisan pelapis cendiakawan dan ulama yang berpontensi unggul dengan membawajenama tersendiri.Selain itu, kriteria bagi anugerah ini pondok tersebut haruslah mempunyai infrastruktur dan prasarana yang mantap dan moden.

2) Anugerah Tokoh Pondok
Anugerah ini diberikan kepada pengasas/ guru/ mudir/ pelajar pondok yang telah menerima kejayaan sepanjang tempoh berkhidmat atau pembelajaran.

3) Anugerah Karyawan Pondok
Anugerah ini diberikan kepada mudir atau pelajar pondok yang mampu memberi impak dalam bentuk penulisan berkualiti khususnya penulisan ilmiah.

4) Anugerah Pelajar Pondok Harapan
Anugerah ini akan diberikan kepada pelajar pondok yang cemerlang dalam pelajaran, pernah menerima anugerah atau penghargaan samaada di dalam mahupun dari luar negara. Pelajar yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai jenis bahasa juga dilihat layak menjadi calon bagi menerima anugera ini.

5) Anugerah Sara Pondok
Anugerah ini merupakan bantuan khas yang akan diberikan kepada pondok daif di seluruh negara yang memerlukan proses penambahbaikan. Namun, senarai pondok yang menerima bantuan kerajaan rm2.5 juta melalui Bajet 2015 akan dikecualikan untuk menjadi calon seterusnya menerima anugerah ini.

6) Anugerah Kasih Perdana Menteri
Pondok-pondok yang dipilih akan menerima anugerah ini sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri kepada mudir dan pihak pentaddbiran pondok kerana bertanggungjawab mengendalikan pondok dalam usaha melahirkan ilmuan Islam.

7) Anugerah Kasih Menteri Besar Terengganu
Anugerah yang dikhaskan untuk pondok di negeri Terengganu ini sebagai tanda penghargaan Menteri Besar kepada seluruh pihak yang bertanggungjawab dalam melahirkan ilmuan Islam.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/ Puan/ Mudir/ Guru dapat memberikan cadangan bagi penerima anugerah. Maklumat yang diperlukan ialah nama pondok, alamat pondok, nombor untuk dihubungi, serta latar belakang dan pencapaian pondok. Segala maklumat boleh dihantar melalui email yayasanpondokmalaysia@gmail.com.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi YPPM ditalian 03-22016711 (waktu pejabat) atau pegawai bertugas 019-3181238 (En.Alif) dan 017-3229887 (Pn.Nooradziah).

No comments:

Post a Comment