Penulis: Ibrahim Jauhari
Semua mengenali Imam al-Ghazali sebagai seorang ulama bukan saja dalam bidang tasawuf tetapi juga dalam bidang fiqh dan falsafah. Berikutan jasanya yang besar kepada umat Islam, beliau diberi gelaran Mujaddid dan Hujjatul Islam. Antara karyanya yang paling ulung ialah kitab Ihya Ulumuddin yang terus menjadi rujukan umat Islam hari ini. Namun, siapa sebenarnya Imam al-Ghazali pada pandangan sejarah?
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dilahirkan di Tabaran/Ghazalah, Tus, Iran pada tahun 1056 (pandangan sejarawan moden) atau 1058 (pandangan Ibnu Jauzi rahimahullah). Beliau diberi gelaran al-Ghazali kerana pertama, ia merujuk kepada tempat kelahirannya di Ghazalah atau merujuk kepada pekerjaan bapanya sebagai seorang penenun dan penjual kain tenun. Imam al-Ghazali turut dikenali dengan nama Abu Hamid kerana pernah mempunyai seorang anak lelaki bernama Hamid yang meninggal dunia semasa kecil.
Beliau datang dari sebuah keluarga yang miskin dari segi material tetapi kaya dari segi kasih sayang. Bapanya yang merupakan seorang ulama sufi yang warak berharap putera-puteranya iaitu Muhammad dan Ahmad menjadi seorang ulama yang arif dan soleh. Dan melihat kepada senarai guru yang didampingi Imam al-Ghazali, nyatalah tahap ilmu beliau bukan calang-calang. Beliau pernah berdamping dengan Dhiauddin Abdul Malik al-Juwaini semasa berada di Naysabur sehinggalah gurunya meninggal dunia pada 20 Ogos 1085. Selepas pemergian gurunya, Imam al-Ghazali dijemput oleh Nizam al-Mulk, seorang wazir terkemuka dari kerajaan Saljuk ke Baghdad dan dilantik menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar Madrasah Nizamiyyah yang diasaskan oleh wazir berkenaan.
Pada satu ketika dalam kehidupannya, Imam al-Ghazali berhadapan dengan isu keyakinan sehingga memaksa beliau meletak jawatan dari Madrasah Nizamiyyah dan meninggalkan Baghdad atas alasan mahu mengerjakan haji. Menurut penulis Duncan B. Macdonald, beliau berbuat demikian kerana mahu mendapatkan pengalaman rohani dan menginginkan pemahaman lebih mendalam terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Semasa pengembaraan ini, beliau pernah singgah di Baitulmaqdis, Damsyik, Makkah dan Madinah pada tahun 1096. Sekembalinya Imam al-Ghazali dari pengembaraannya, beliau kembali ke kampung halamannya di Tus untuk beruzlah selama beberapa tahun. Walaupun beliau menolak sebarang jemputan sebagai pengajar atau pensyarah, itu tidak menghalangnya memberi syarahan, menerima kehadiran orang ramai sebagai tamu dan mengajar di institusi-institusi tertentu.
Selepas Nizam al-Mulk meninggal dunia akibat dibunuh kumpulan Hashashin pada tahun 1092, peranan wazir digalas oleh Fakhr al-Mulk dan perkara pertama yang diingininya ialah kembalinya al-Ghazali ke Nizamiyyah di Naysabur. Bimbang akan gangguan dan kontroversi yang tercetus sekiranya beliau menolak, al-Ghazali kembali ke Naysabur pada tahun 1106 dan menolak tawaran Dinasti Saljuk untuk kembali ke Baghdad atas jemputan wazir Sultan Muhammad I dari dinasti berkenaan pada tahun 1110. Beliau meninggal dunia pada 1111 di Tus.S
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t. Dan jasanya terhadap umat Islam terlalu banyak di mana ia diterjemahkan dalam pelbagai bentuk karya. Tahafut al-Falasifah ialah sebuah kitab yang dihasilkan pada abad ke-10 Masihi sebagai satu bentuk kritikan terhadap pendukung falsafah Aristotle yang wujud dalam kalangan pemikir dan cendekiawan Islam ketika itu termasuk Ibnu Sina.
Tetapi itu tidak boleh mengatasi karya ulungnya, Ihya Ulumuddin. Ia meliputi semua bidang yang menjadi teras agama iaitu teologi, fiqh dan sufisme. Kitab yang dihasilkan Imam al-Ghazali ini merupakan antara kitab yang paling banyak dipetik teksnya selepas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Ia dianggap karya ulung kerana berupaya menyatukan elemen sufisme dan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah dalam bentuk satu panduan yang bersifat menyeluruh dan berguna dalam setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Ia juga menjadi rujukan ramai cendekiawan termasuk Imam Nawawi rahimahullah yang berpandangan, “Sekiranya semua kitab berkenaan Islam itu hilang kecuali kitab Ihya, maka itu sudah cukup untuk menggantikan semuanya.”
Menerusi karya-karyanya termasuk Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli kalam. Beliau menjelaskan kepada orang Islam bahawa kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah bergantung kepada hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan kepada dasar-dasar yang teguh dan nyata. Beliau juga memberikan tafsiran yang bersifat rasional tentang kepercayaan asas Islam sehingga kesahihannya atas dasar rasionalisme tidak dapat dipersoalkan lagi sepanjang zaman. Selain itu, beliau menerangkan hikmah setiap suruhan syariat dan memberikan konsep yang jelas mengenai Islam sekaligus dapat menghilangkan segala keraguan mereka
Imam al-Ghazali juga turut meneliti kepercayaan semua kumpulan agama pada zaman itu dan perbezaan antara mereka. Beliau menjelaskan had-had antara Islam dan kufur dan had-had kebebasan pentafsiran. Usaha sebegini bukan saja mengurangkan pertelingkahan antara kumpulan mazhab atau fahaman yang bertentangan, malah ia turut membantu meluaskan pandangan alam rakyat pada sesebuah fahaman dan kumpulan. Beliau juga menolak perbuatan taklid membabi-buta, menentang gejala kejumudan dan menarik masyarakat kembali kepada Kitabullah da sunnah Rasul-Nya. Imam al-Ghazali juga dilihat berjaya menghidupkan semula semangat ijtihad dan mengkritik kumpulan-kumpulan yang membawa unsur yang bertentangan prinsip akidah tauhid.
Beliau mengkritik sistem pendidikan yang sedang merosot ketika itu dan mencadangkan sebuah sistem yang baru sebagai ganti. Kurikulum yang wujud ketika itu mempunyai beberapa kelemahan seperti memisahkan elemen agama dari ilmu bersifat duniawi dan memasukkan perkara-perkara yang dianggap bertentangan dengan syariat menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Cadangan sistem sebegini pada awalnya ditentang oleh ulama kontemporari ketika itu tetapi akhirnya menjadi antara legasi terhebat Imam al-Ghazali dalam dunia pendidikan umat Islam hari ini.
Beliau telah membuat penilaian kritikal terhadap keadaan moral dan agama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan langkah-langkah untukmembuat pembaharuan. Ini telah membangkitkan semangat keislaman semula dalam masyarakat. Karyanya seperti Ihya Ulumuddin mengkritik keadaan moral masyarakat ketika itu dan menjelaskan setiap hal itu berkait dengan sebab-sebab sosial, seterusnya memberi kriteria moral Islam yang sebenarnya. Beliau juga tidak teragak-agak mengkritik secara bebas kerajaan yang wujud ketika itu dan mempengaruhi masyarakat agar tidak tunduk kepada penindasan tetapi berani untuk menahan dan mengkritik penindasan. Usaha–usaha pengislahan ini tidak terhad kepada pembaharuan moral masyarakat Islam semata-mata. Sebaliknya, kebanyakan falsafah dan idea yang dibawa beliau ini menjadi teras sebuah dinasti Islam di Andalusia iaitu kerajaan al-Muwahidun.
Rujukan:
Haji Yussof, Abdul Salam. (2005). Pujian dan kritikan terhadap Imam al-Ghazali. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_06_2005/abdul_salam_2005.pdf
ARMANI POKER
ReplyDeletePROMO BARU DI ARMANI POKER
BISA DEPOSIT VIA PULSA
BANYAK BONUSNYA
Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.
ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
Minimal depo 10k
Minimal wd 50k
Whatapps : +6287830298557
Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info