Madrasah Addiniah Ismailiah, TEMERLOH



Madrasah Addiniah Ismailiah diasaskan oleh Ustaz Che Mahmud Che Mat atau Baba Che Mud di Kampung Paya Jauh, Temerloh. Pembinaan pondok ini dimulakan pada Jun 2012. Walaupun masih baru dan belum siap sepenuhnya, pengajian agama sudah dimulakan dengan mengambil 15 orang pelajar.

Ustaz Che Mahmud membeli sebidang tanah seluas lima ekar untuk membina pondok ini dan merancang akan membina kira-kira 200 unit lagi termasuk asrama perempuan, lelaki dan rumah kelamin.

Ketika zaman remaja dan dewasanya, Ustaz Che Mahmud belajar agama di Pondok Kerasok, Pattani, Wilayah Selatan Thailand dan menamatkan pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau kemudian menjadi penceramah bebas dan imam masjid di Kuala Berang, Kuala Terengganu.

Sepanjang pengajiannya menimba ilmu agama, Ustaz Che Mahmud dalam diam memasang cita-cita hendak membina pondok pengajian agama untuk menerapkan ilmu agama kepada umat Islam pelbagai peringkat usia.

Untuk Dihubungi:

Tel / Faks: 014 – 5310179

2 comments:

  1. Had umur berapa boleh masuk

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum boleh bertanya tak APA syarat untuk masuk madrashah

    ReplyDelete