Pada tahun 1999, Ustaz Nazarudin Sarbini membuka pondok yang diberi nama Madrasah Miftahul Muarif di Kampung Padang Lalang, Jorak, Bukit Pasir. Ustaz Nazarudin Sarbini lahir pada 22 November 1967 di Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Miftahul Muarif, Negeri Sembilan dari tahun 1986 hingga 1989 dengan bimbingan Allahyarham Tuan Guru Hj. Ali Musa iaitu Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan.
Beliau kemudian melanjutkan pengajian pondok di Pesantren Serambi Acheh, Acheh, Indonesia selama tiga tahun di bawah bimbingan Tuan Guru Hj. Kassim. Seterusnya belajar di Mekah selama empat tahun di bawah bimbingan Tuan Guru Hj. Hussin Al-Fathoni.
Nazarudin pulang ke tanah air pada tahun 1996 dan berkhidmat sebagai guru agama selama tiga tahun. Kini menjadi mudir kepada 35 orang murid. Pondok asal masih digunakan untuk penempatan pelajar.
Untuk Dihubungi:
Tel: 016-644 0936
Assalam Tuan. Saya cadangkan nilai 1 Lot wakaf diturunkan kepada Rm50.00 kerana Mungkin Ada orang yg nak menyumbang akan tetapi dalam keadaan pandemik Sekarang kurang sesuai. Dalam pemerhatian saya kebanyakan sekolah tahfiz/pondok yang merlukan jutaan bajet pun hanya menetapkan harga satu lot antara Rm30-50 sahaja.Sekian.
ReplyDeleteDrp Razak Yatiman ,Jalan Naib Kadir, Sg.Terap