Pondok Al-Nahdzah, YAN


Ketika hayatnya, Allahyarham Tuan Guru Hj. Othman Hj. Yunus disanjung masyarakat setempat kerana sifatnya yang pendiam dan mempunyai ilmu agama yang tinggi. Tersohor dengan panggilan Pak Man, Allahyarham dengan modal yang tidak seberapa membuka pondok di Batu 12, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Yan pada tahun 1947.

Kini pondoknya dikenali sebagai Pondok Pak Man Bukit Besar dan mempunyai 50 pelajar dengan dibantu oleh dua guru. Pengurusannya telah diserahkan kepada anak lelakinya, Ustaz Nasir Hj. Othman pada tahun 1982 dan diteruskan oleh adik Ustaz Nasir iaitu Ustaz Abu Bakar pada 2005.

Ustaz Abu Bakar mendapat ilmu agama melalui pengajiannya di Pondok Nahdzah selama lapan tahun dan memperoleh 4 Senawi. Kemudian menyambung pengajian di Maktab Mahmud Alor Setar (4 Senawi Syahadah). Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, beliau diterima melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir (Ijazah Bahasa Arab) dan kembali menjadi tenaga
pengajar di pondok ayahnya, Pondok Pak Man Bukit Besar pada tahun 2011.

2 comments:

  1. macam mana saya nak masukkan anak saya lepasan spm...skrg anak saya tengah ulangan spm periksa bulan 6

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.berapakah had umur untuk masuk ke sini

    ReplyDelete