Pondok Baitul Qurra’ Wal Fuqaha, PAYA RUMPUT JAYA
Allahyarham Kiyai Haji Abdul Rahman ialah pendakwah yang tegas dan tidak pernah puas menuntut ilmu. Beliau mendapat pendidikan awal di Pengajian Maahad Muhammadi, Kelantan, sebelum menyambung pengajian ke Mesir.
Allahyarham Kiyai Haji Abdul Rahman membuka pengajian sistem pondok di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang sejak 1940 an. Usaha beliau disambung oleh Muallim Abd Wahid sehingga 2000-an dan Ustaz Zulkifli Ismail sehingga kini.
Pada tahun 2008 Ustaz Zulkifli membaik pulih pondok menjadi lebih moden dan selesa. Sistem pengajian di sini mengikut Pengajian Umumi iaitu pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran seperti Feqah, Tafsir, Hadis, Tasawwuf, Tauhid, Nahu, Qiraat, Mantiq, Soraf, Tajwid, Akhlak, Sirah, semua kitab tua dan kitab pondok. Seorang pelajar pondok ini, Abdul Halim Zulkifli sedang menyambung pengajian di Rubat Tarim, Yaman.
Untuk dihubungi:
Tel: 013-613 5206
010-315 5886 (Pembantu Mudir)
Subscribe to:
Posts (Atom)
assalamualaikum tuan,saya nazmi berumur 18 tahun ini...berniat utk menuntut ilmu di pondok ini....boleh saya dapatkan detail kemasukan atau yg seumpamanya? jazakallahu khair
ReplyDelete