Pondok Hidayah Bt 31, MACHANG

Pondok Hidayah yang terletak di Batu 31, Machang diasaskan oleh Ustaz Datuk Hj. Ahmad Mahmood iaitu mantan Ketua Jajahan Machang pada 1997. Beliau terpanggil untuk terlibat dalam institusi pengajian pondok kerana mahu menerapkan nilai-nilai murni dan Islam dalam jiwa ummah.

Beliau kini bertugas di Istana Negeri Kelantan sebagai Pengelola Istana. Urusan pentadbiran dan pengurusan diserahkan kepada Ustaz Razali Isa, yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang tinggi mengenai agama dan hukum-hakam.

Ustaz Razali pernah belajar di Syria dalam bidang Al-Quran dan Hadis serta menjadi guru agama di sebuah sekolah swasta di negara ini.

Pondok ini turut menyediakan 80 buah rumah kelamin untuk memudahkan pasangan suami isteri belajar agama. Kebanyakan penghuni di sini ialah warga emas dan penduduk miskin.

Pondok ini telah didaftarkan di bawah Majlis Kebajikan Semenanjung Malaysia. Dua orang guru diamanahkan untuk mengajar Feqah, Tafsir, Hadis, Tajwid dan kitab pondok. Selain menerima dana daripada kerajaan negeri, pondok ini turut mendapat sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

1 comment:

  1. سموݢ ڤڠاجين چارا ڤوندوق تروس ماجو دان تربيلاا.

    ReplyDelete