Pondok Mahligai Melor, KOTA BHARU

Pondok Mahligai Melor terletak di pinggir pekan Melor iaitu kira-kira 22 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1936. Pondok ini mendidik 70 pelajar yang semuanya wanita. Dua pengasas bersama pondok ini ialah Ustaz Salleh @ Tok leh dan Ustaz Abdullah Abbas.

Mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan agama yang ditimba sejak kecil. Impian mereka adalah untuk membuka pusat pengajian pondok dengan harapan dapat memberi sumbangan kepada negara dan agama dalam melahirkan umat Islam yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

Antara mudir yang pernah berkhidmat di pondok ini ialah Allahyarham Tok Guru Hj. Ab. Mutalib (1936 – 1950-an), Allahyarham Tok Guru Hj. Mohamad (1950-an – 1974), Tok Guru Hj. Daud (1974 – 1999) dan sekarang, Ustaz Mohd Nawawi Yusuf (anak saudara Tok Guru Hj. Daud). Ustaz Mohd Nawawi ialah bekas pelajar Universiti Madinah.

Bekas pelajar pondok ini yang berjaya mencipta nama ialah Allahyarham Tuan Guru Dato’ Haji Hasbullah yang menjadi Mufti Kelantan dari 1990 – 2007. Allahyarham ialah pelajar lelaki terakhir di pondok ini sebelum pengambilannya dihadkan kepada kaum Hawa.

Untuk dihubungi:

Tel & Faks : 09-783 2830

2 comments:

  1. Assalamualaikum....adakah pondok ini hanya utk wanita sahaja?

    ReplyDelete
  2. Boleh dpt sedikit pencerahan:
    1. Syarat2 kemasukan
    2. Cara perpignan
    3. Pengambilan wargamas
    4. Kemudahan tempat tinggal
    5. Kos bayaran

    ReplyDelete