Pusat Pengajian Al-Quran, PORT DICKSON


Pusat pengajian ini juga dikenali dengan nama KDQ. Ia dibuka pada 1 Januari 2001 di Tingkat 1 Wisma Galilee, KM4 Jalan Seremban, Port Dickson. Pengasasnya, Ustaz Mohd Hafidz Eshak atau Ustaz Hafidz, nama ringkasnya.

Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, pusat pengajian ini ialah anak syarikat kepada KDQ yang turut membuka pusat rawatan Islam.

Ustaz Hafidz turut bertanggungjawab menjadi imam jemputan solat sunat Tarawih di masjid-masjid sekitar Port Dickson setiap Ramadan, di samping menjadi pengajar jemputan di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dan penceramah bebas untuk televisyen swasta seperti TV3 dan TV9.

Beliau memulakan persekolahan di SK Subang, SRK Agama Subang dan Madrasah Maahad Tahfiz Al-Quran Shah Alam di Selangor. Kemudian menyambung pengajian di Maahad Madrasatul Al-Arabiah, Kluang, Johor. Selepas itu melanjutkan pengajian di Universiti Madinah dalam bidang Syahadah Tahfiz Quran. Beliau juga turut belajar di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Pendidikan dan Dakwah) dan Kolej Dar Hikmah, Kajang (Syariah).

Jumlah guru di sini ialah 35 orang, yang mana 20 daripada mereka adalah sukarelawan. Mereka mengajar dan mendidik 358 orang pelajar termasuk saudara baharu (mualaf).

Mata pelajaran disediakan ialah Kesenian Islam, Fardu Ain dan Praktikal, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Untuk Dihubungi:
Tel: 06-651 3724 Faks: 06-651 7810
E-mel: ustaz_hafidz@yahoo.com
Laman web: www.kuliahdarulquran.blogspot.com

1 comment:

  1. Senarai Rumah Anak Yatim /Tahfiz/ Badan Amal Negeri Sembilan
    http://kualaketildhomestay.blogspot.com/search?q=negeri+sembilan

    ReplyDelete