Madrasah Islamiah Jenderam Hilir atau lebih dikenali sebagai Yayasan Al-Jenderami ialah pusat pengajian pondok termoden yang terdapat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz Selamat dengan jumlah muridnya seramai 50 orang. Kini, selepas 27 tahun, madrasah ini yang dibina bercirikan kemodenan tamadun Islam hasil kudrat dan usaha Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz bersama beberapa orang sahabatnya telah mengumpul sehingga kira-kira 5,000 pelajar.
Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Hafiz Al-Jenderami berguru dengan Allahyarham Tuan Guru Hj. Hashim Abd. Aziz, dan beberapa ulama terkenal seperti Tuan Guru Hj. Sulaiman Kuang, Kadi Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz yang juga Pengerusi Badan Didikan Islam UDA (BADIM) bersama beberapa sahabatnya membina madrasah itu di Kampung Baru, Dengkil, Selangor kerana hendak melarikan diri dari kesesakan serta pembelajaran ilmu secara kelompok.
Berkat kesungguhannya dan dengan izin Allah SWT, masyarakat sekitar termasuk ahli korporat menghulurkan derma serta sumbangan yang membolehkan Tuan Guru Hj. Mohamad Hafidz membina madrasah ini. Ia beralamat di Lot 27719, Kampung Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor.
Untuk Dihubungi :
Tel: 03-8768 0200
Faks: 03-8768 0201
E-mel: info@aljenderami.com.my
Laman web: www.aljenderami.com.my
Boleh ke terima pelajar lelaki yang ingin belajar agama di Pondok ini untuk 2 - 3 minggu sahaja?
ReplyDeleteSalam ada kekosongan pondok UTK warga emas
ReplyDeletetk sekarang
utk yg sudah berkahwin bole ke
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSuami isteri boleh masuk sini ke
Kami umur 57 dan 61 tahun
Berapa rm sebulan?
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, sekiranya anak saya berusia 16thn (L) tiada basic agama, ingin mendalami ilmu disini boleh ke?
assalamualaikum saya nak tanya umur 40 tahun masih boleh diterima
ReplyDeleteAssalammualaikum, sekiranya sy ingin mendalami nnmempelajari ilmu agama boleh ke sy masuk ke madrasah ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Assalammualaikum. Tiada di nyatakan senarai aktiviti program yang boleh dihadiri samaada sepenuhmasa atau sambilan atau mengikut topik yang tertentu.
ReplyDeleteAssalammualaikum..Tuan
ReplyDeleteSaya Sohaimi pawanchi ingin bertanya ,pengajian agama utk suami isteri warga Emas Ada kekosongan ke? Masa pengajian is in hingga jumaat..
Assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteKami suami isteri, berumur 55 dan 54 tahun ..ingin mengikuti pngajian sepenuh masa. Ada ke disediakan pondok utk disewa dan berapakah sewa pondok serta yuran bulanan pengajian ?
Terima kasih dan Wassalam.
Asalaimulaikum,
ReplyDeleteAsalamualaikum, sy berumur 42 perempuan apakah syarat2 untuk mengikuti pengajian sepenuh masa dan berapakah bayaran?
ReplyDeleteSalam tuan. Sy dr melaka pesara tentera berumur 55th sy ingin berminat mendalami ilmu agama dan Quran boleh kah lg mendaftar dan bagimana tk.
ReplyDeleteAssalammualaikum,boleh saya tahu berapa yuran untuk mengikuti pengajian ini?dan berapa had umur boleh masuk ke pengajian?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya sedang usaha mencari Pondok Pengajian Ibadah Wargamas dgn Penginapan Sepenuhnya masa untuk Kakak Sulong kami seorang Ibu Tunggal 63 tahun. Adakah masih ada kekosongan utk menempatkan beliau. Jika ada, mohon keterangan lanjut utk pendaftaran beliau. JZKK
ReplyDelete