Friday, 13 November 2015

Bongkar : Perisik Evangelis Kristian di Malaysia


Dimulakan dengan satu tayangan video yang memaparkan rakaman majlis Wisuda Perdana (Majlis Konvokesyen) Institut Teologi Kalimatullah (ITK) Konsentrasi Studi Islam Jakarta pada 29 Mac 2004. Ia bukan majlis konvokesyen biasa. Tetapi video dengan durasi hampir 3 minit itu menghidangkan bacaan bersama alunan bagai seorang hafazan Al-Quran. Malah, pembaca di dalam video ini memulakan bacaannya dengan 'bismillahirrahmanirrahim' dan diakhiri 'sadaqallahul 'Azim'. Untuk makluman, pembaca itu sedang membaca kitab Bible!


Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) A. Karim Omar kemudiannya meneruskan pendedahan berkaitan gerakan evangelis Kristian yang ketika ini semakin rancak menyelinap ke dalam Malaysia - sebuah negara demokrasi yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"Gerakan ini sebenarnya sudah lama berlaku. Ia semakin rancak sejak 200 tahun lampau hingga ke hari ini."

Beliau berkata demikian dalam slotnya pada Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) : 'Mendedahkan Gerakan Pemurtadan Ummah' di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak baru-baru ini.

A. Karim menyelak lipatan sejarah lampau mengenai bagaimana marah dan dendamnya kumpulan evangelis ini terhadap umat Islam di seluruh dunia sejak kekalahan mereka pada Perang Salib. Sedang lalai dan alpa... kehebatan empayar Islam di setiap pelusuk muka bumi dirobohkan satu persatu. Ini dapat dipertontonkan dengan kejatuhan empayar Uthmaniyah di Turki,

Sepanyol, bahkan juga Tanah Melayu. Rata-rata kuasa hebat Islam ini bertahan dalam tempoh yang agak lama iaitu kira-kira 800 tahun, namun runtuh dalam masa 200 tahun.

Ikrar iblis diambil sebagai roh perjuangan mereka iaitu menyesatkan orang Islam dengan apa jua cara sekalipun. Gerakan ini dilakukan dengan begitu strategik dan teliti.

Pada tahun 1905, populasi Kristian di Korea Selatan tidak sampai 0.5%. Namun hasil pergolakan yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan menyebabkan angka tersebut berubah drastik. Kuasa barat Amerika bukan sahaja menghantar pasukan tentera tetapi mereka turut membawa masuk para mubaligh Kristian - atas tiket 'bantuan atau misi kemanusiaan negara bergolak'. Hasilnya, Kristian menjadi kelompok agama terbesar di Korea. Bermula tahun 2006, Korea sudah berjaya menjadi pengeksport mubaligh Kristian kedua terbesar di dunia - selepas Amerika.

Kini, mereka memberi tumpuan kepada negara-negara Islam. Gerakan ini dilakukan dengan tangan British, Sepanyol dan Portugis dengan hasrat menguasai dunia. Perkara ini dapat disaksikan dalam Perjanjian Tordesillas pada 7 Jun 1494 apabila Pope Alexander VI membahagikan 'dunia baru' antara Sepanyol dan Portugis pada garis kepulauan Cape Verde. Agenda Penjajahan dibawah naungan gereja.

Dalam pada itu A. Karim turut mengingatkan bahawa gerakan menerusi media sosial dan laman portal dewasa ini tidak boleh dipandang ringan. Kebanyakkan portal berita yang cenderung kepada parti tertentu kelihatan seperti 'cacing kepanasan' apabila pembongkaran gerakan evangelis ini didedahkan. Sehingga menyebabkan mereka terpaksa memutarbelit setiap fakta yang disampaikan.

Sementara ketika menyentuh tentang situasi yang sedang berlaku di Malaysia, A. Karim mendedahkan bahawa kumpulan tersebut kini menggunakan kaedah terbaharu mereka.

"Pendedahan ini saya ambil daripada kajian oleh Paderi dari Sabah - kajian tentang orang Melayu yang sudah masuk Kristian. Bagaimana mereka mengamalkan cara hidup dengan agama baharu (Kristian). Apa yang disebut dalam kajian peringkat PhD pada tahun 2012 itu (442 mukasurat) antaranya, tiada tanda salib di rumah orang Melayu murtad berkenaan termasuk buku-buku keagamaan (Kristian). Mereka tidak akan menunjukkan apa jua jenis amalan Kristian.

"Orang yang murtad ini tidak mempamerkan ajaran Kristian dan berpura-pura masih Islam. Pihak gereja juga memutuskan untuk tidak merebut mayat orang murtad selepas mereka mati. Mereka hanya membiarkan sahaja bagi mengelakkan agenda mereka terbongkar (kejayaan mengkristiankan orang Islam).

"Ada portal berita kata ini adalah konspirasi teori. Walhal ia sebenarnya tidak. Mereka (wartawan) itu perlu membuat 'homework'," ujar beliau.

Tambah A. Karim lagi, evangelis Kristian suatu ketika dahulu mengakui bahawa orang Islam terutamanya orang Melayu adalah kaum yang paling sukar untuk dimurtadkan. Tetapi kini ianya sudah berubah. Mereka (golongan murtad) tidak lagi perlu khuatir ketika berada di celah lautan manusia. Mereka digalak untuk mengekalkan penampilan ala-ala orang Islam. Hanya perlu mengakui dan mempercayai bahawa Jesus itu sebagai tuhan.

"Sejak tahun 1987, mereka sudah merancang untuk menambah atau meramaikan ahlinya ke bidang politik. Dengan kejayaan ini, mereka berupaya menjadi orang yang penting dalam pembuat dasar di sesebuah kerajaan."

Katanya lantas menayangkan sedutan video berjudul 'Malaysia Prophecy from Jerusalem' yang disebarkan ketika tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

SPARK anjuran Muafakat ini akan diteruskan apabila ia dijangka diadakan pada setiap enam bulan sekali dengan mengupas dan membongkar gerakan-gerakan melumpuhkan kesatuan Islam khususnya di Malaysia.

No comments:

Post a Comment