Tidak seperti di negara-negara lain yang kerap berlakunya kejadian gempa bumi, letupan gunung berapi dan lain-lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan kejadian bencana alam sekalipun jarang berlaku dan tidak melibatkan angka yang besar kehilangan nyawa.
Menyentuh tentang bencana alam, sebagai umat Islam kita yakin dan percaya bahawa ia menunjukkan bukti kekuasaan Allah S.W.T sebagai Yang Maha Berkuasa. Disebalik musibah yang berlaku, pasti terdapat hikmah-Nya.
Dalam masa sama sebagai manusia yang bijak, kita juga sewajarnya muhasabah diri sendiri. Musibah yang menimpa itu sewajarnya diambil sebagai pengajaran dan peringatan bersama bahawa Allah jualah yang Maha Berkuasa di atas muka bumi ini.
Kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak pada kira-kira jam 7.18 malam tadi merupakan bencana alam yang tidak mungkin dapat kita elakkan. Sememangnya ia merupakan kawasan tanah tinggi.
Kami di Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) memanjatkan rasa syukur, apabila tiada laporan kehilangan nyawa direkodkan. Hanya tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Pihak YPPM juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti penyelamatan, kawalan lalulintas dan pembersihan lebuhraya tersebut.
"Ya Allah, berilah keampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik."
No comments:
Post a Comment