Monday 9 November 2015

Kumpulan tarekat perlu lebih dinamik dan progesif - TPM

Foto Ihsan NSTP
Kumpulan tarekat di Malaysia perlu disusun atur agar menjadi lebih dinamik dan progresif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara - selain menepati hak ilmu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berharap agar Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) dapat bekerjasama dalam berdepan dengan pelbagai fahaman sesat dan negatif dalam negara.


“Saya juga berharap Pertama dapat bersama-sama membantu dan bekerjasama dalam menangani fahaman yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti syiah, sekularisme, liberalisme dan lain-lain dengan meningkatkan cinta kepada Allah dan Rasul serta berpegang teguh dengan salah satu daripada empat Mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

“Kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi membendung fahaman yang menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengekalkan keharmonian dalam negara,”

Demikian teks ucapan perasmian Majlis Zikir Perdana 2015 dan PERTAMA yang dibacakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada 11 September lalu, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) secara rasmi telah berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 sekaligus mencipta sejarah bagi nama tarekat apabila telah berjaya membentuk satu badan organisasi yang sah di bawah undang-undang negara.

Visi dan Misi PERTAMA :


  • Membina satu pergerakan yang berasaskan ilmu dan amalan Islam mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan beraqidah Asy’ariah dan Maturidiah.
  • Mengarusperdanakan peranan tarekat dan tasawwuf dalam pembangunan negara.
  • Mengadakan aktiviti kebajikan untuk masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan menubuhkan tabung kebajikan bila mana wujud keperluan.
  • Membela dan membetulkan salah anggapan tentang tarekat tasawwuf berdasarkan kajian ilmiah dan kesahihan hujah dari Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias dan memastikan kesucian amalan dan pegangan tarekat dan tasawwuf sentiasa berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.
  • Mewujudkan kerjasama dengan pihak berwajib agama dan agensi kerajaan yang lain, di peringkat negeri dan negara.
  • Mewujudkan silaturahim antara ahli-ahli kumpulan pengamal tarekat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment