Thursday, 26 November 2015
Manusia yang dahagakan pahala
Manusia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. Dan demi Tur Sina (Bukit Sinai). Dan demi negeri (Mekah) yang aman ini. Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya."
Yang menjadi asas utama kemuliaan manusia ialah iman dan amalnya.
"Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya. Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah hakim yang paling adil?" - Surah Al-Tin (Buah Tin) ayat 1-8.
Manusia diciptakan dengan sebaik-baiknya. Mencorak anak daripada kain putih. Apakah si anak akan kekal putih sehingga remaja, dewasa, tua dan seterusnya hingga menutup mata?
Sekalipun ada ibubapa yang gagal mencorakkan dengan cantik, si anak juga tidaklah seharusnya menuding jari terhadap orang tuanya. Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, ada akal untuk digunakan ke arah kebaikan.
Sukarnya kita untuk merebut kebaikan di atas muka bumi ini apatah lagi ketika bernafas dalam suasana akhir zaman. Sebagai umat Islam yang cekal imannya, pasti sedaya upaya mengerjakan amalan kebaikan semata-mata mahu mendapatkan ganjaran pahala sekaligus beroleh keredhaan-Nya.
Jasad yang diciptakan Allah sepatutnya digunakan sebaik mungkin, ke arah jalan yang diredhai-Nya. Tok Guru, ustaz atau sesiapa sahaja dikalangan orang alim juga merupakan ciptaan Allah s.w.t. Mereka juga bernafas dalam kawasan yang sama iaitu di atas muka bumi, sama seperti kita. Namun mereka menggunakan ciptaan Allah dengan sebaik-baiknya.
Berdasarkan pada rekod amalan, golongan alim ini berebut-rebut mengejar kebaikan dan pahala. Mereka sedar bahawa apa yang ada pada hari ini adalah pimjaman sementara. Apa yang kekal adalah negeri akhirat. Golongan orang alim yang sememangnya alim ini pun masih berebut-rebut mengejar pahala, bagaimana pula dengan kita? Apakah kita tidak dahagakan pahala? Sudah berasa kembung dan kekenyangan dengan makanan dunia yang bersifat sementara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment