Wednesday, 25 November 2015
Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi memerlukan RM350 ribu
Baki sebanyak RM350 ribu masih lagi diperlukan oleh Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, bagi melangsaikan hutang jual beli tanah sehingga hujung tahun ini.
Madrasah yang terletak di Lot 1665, Batu 6, Jalan Pahang (Cameron-Tapah) 35000 Tapah Perak sebelum ini sudah pun menjelaskan sejumlah RM200 ribu bagi tujuan pembelian tanah tersebut.
Seramai 48 orang pelajar berusia antara 6 - 17 tahun yang terdiri dikalangan anak-anak yatim, golongan asnaf, mualaf dan anak orang asli dikatakan menjadi penghuni di madrasah ini. Manakala segala kos operasi dan pengurusan dibiayai sepenuhnya oleh madrasah ini dengan menggunakan sumbangan orang ramai.
Orang ramai, badan-badan korporat atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat membantu boleh menyumbang menerusi akaun Bank Maybank 5580 6050 4394 atas nama Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak pentadbiran Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi di talian 014-2528085 atau 017-4418384 (Ustaz Firdaus).
Sementara jika ada pihak yang ingin menyumbang melebihi RM5,000 dalam satu-satu masa, boleh berhubung dengan pihak YPPM di talian 03-22016711 atau email ke yayasanpondokmalaysia@gmail.com untuk mendapatkan resit pelepasan cukai.
Mudah-mudahan sumbangan yang dihulur dapat membawa manfaat kepada ummah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment