Wednesday 25 November 2015

Jom sertai Bengkel Imam : Melahirkan Qurratu' Ain Ibu Bapa



Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Furqan ayat 74 bermaksud ;

"Dan orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa."


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan kerjasama pihak pentadbiran Masjid Negara akan menganjurkan Bengkel Imam : Melahirkan Qurratu' Ain Ibu Bapa pada 23 Disember ini.

Bengkel yang akan berlangsung di Masjid Negara ini dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Sesi pembelajaran teori akan diadakan pada sebelah pagi sementara amali pada sesi petang.

Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan melahirkan Qurratu' Ain (penyejuk mata) ibu bapa dengan pengukuhan tiang agama iaitu solat.

Bengkel Imam ini juga diharapkan dapat memperbaiki kelemahan ketika mendirikan solat seterusnya berkebolehan memimpin jemaah dengan menjadi imam.

Sebanyak RM15.00 yuran pendaftaran dikenakan bagi setiap peserta dan ia hanya terhad kepada 100 peserta muslimin (lelaki) sahaja untuk penganjuran sesi pertama ini.

Kepada yang berminat boleh hubungi pihak pengurusan YPPM untuk pendaftaran segera.

Tel : 03-22016711
Email : yayasanpondokmalaysia@gmail.com
Facebook : Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia - YPPM
Website : www.yppm.org.my

No comments:

Post a Comment