Tuesday 24 November 2015

Mohon Bantuan untuk Kelengkapan Bilik Darjah


Madrasah Darul Mumtaz atau dikenali dengan nama Sekolah Rendah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz memohon jasa baik orang ramai, badan-badan korporat atau badan-badan bukan

kerajaan (NGO) untuk menghulurkan sumbangan bagi membiayai kelengkapan bilik darjah.

Ketika ini Madrasah Darul Mumtaz yang terletak di 1889, Kg Sentosa, 09400 Padang Serai, Kedah sedang membina tiga buah bilik darjah yang baharu bagi menempatkan seramai 100 orang pelajar untuk sesi 2015/2016.



Pihak pengurusan Madrasah Darul Mumtaz berhasrat untuk mendapatkan kerusi dan meja; 'soft board' dan papan putih sekaligus memastikan proses pengajaran serta pembelajaran di bilik darjah dapat berjalan lancar.

Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Bank RHB 2521-03000-2416-712 atas nama Madrasah Darul Mumtaz

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak pentadbiran Madrasah Darul Mumtaz di talian 0111-2173799 atau Ustaz Azrin Othman 012-5737799.


Mudah-mudahan sumbangan yang dihulur dapat membawa manfaat kepada ummah.

No comments:

Post a Comment