Wednesday 4 November 2015

Bakal siap : 7 Projek Sekolah Agama


Sebanyak sembilan buah Sekolah Agama (SA) dirancang pembinaannya di kawasan parlimen Pontian, Johor sejak tahun 2013. Dua daripadanya telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi sekitar awal tahun 2015.

Manakala baki lagi tujuh projek berkenaan akan disambung pembinaannya oleh satu anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) selepas tertangguh sejak dua tahun.


Sementara satu daripada tujuh projek ini sudahpun mencapai 80 peratus siap.


Usaha Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang komited menangani beberapa kekangan itu seterusnya menerima penghargaan daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Pembinaan SA ini adalah penting bagi menampung kapasiti para pelajar yang terpaksa menumpang di sekolah kebangsaan untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.

Dalam pada itu, Ahmad sepertimana dipetik Utusan Malaysia berkata, pihak KPRJ telah memulakan kerja-kerja pembinaan di SA Sanglang yang kini sudah 80 peratus siap. Manakala SA Tanjung Air Hitam yang sudah siap sepenuhnya itu sedang diselenggara selepas terdapat beberapa kecacatan.

Lain-lain pembinaan SA menyusul di Parit Semerah, Seri Semangat, Seri Anom, Seri Pulai, Parit Patah dan Jaya Mulia. Kesemua projek ini dijangka siap tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment