Majlis ini akan diadakan pada hari esok, 7 November 2015 di Masjid Putra, Putrajaya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan merasmikan majlis tersebut.
Program yang bermula jam 5 petang ini turut diisi dengan bacaan Tahlil, Solat Maghrib, Ratib Al-Attas Zikir Munajat, Solat Isya', Khatam Khawajagan Selawat Nariyah dan Ceramah Perdana.
PERTAMA ditubuhkan dengan membawa visi dan misi :
- Membina satu pergerakan yang berasaskan ilmu dan amalan Islam mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan beraqidah Asy'ariah dan Maturidiah.
- Mengarusperdanakan peranan tarekat dan tasawwuf dalam pembangunan negara.
- Mengadakan aktiviti kebajikan untuk masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan menubuhkan tabung kebajikan bila mana wujud keperluan.
- Membela dan membetulkan salah anggapan tentang tarekat tasawwuf berdasarkan kajian ilmiah dan kesahihan hujah dari Al-Quran, Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias dan memastikan kesucian amalan dan pegangan tarekat dan tasawwuf sentiasa berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias.
- Mewujudkan kerjasama dengan pihak berwajib agama dan agensi kerajaan yang lain, di peringkat negeri dan negara.
- Mewujudkan silaturahim antara ahli-ahli kumpulan pengamal tarekat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment