Tuesday, 17 November 2015

Syiah rancak rekrut kanak-kanak


Umat Islam sememangnya menjadi 'buruan' oleh ramai pihak bertujuan membawa ke jalan yang menyesatkan.

Selain ancaman kristianisasi (memurtadkan orang Islam menerusi gerakan evangelis), umat Islam juga menjadi sasaran oleh puak-puak sesat seperti Syiah.


Sewajarnya, segala modus operandi dan strategi gerakan seperti ini menjadi perhatian serius oleh seluruh umat Islam yang cintakan agamanya.

Ini kerana gerakan mereka bukan sahaja menjadikan orang dewasa dan wanita sebagai sasaran tetapi juga kanak-kanak!

'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya' - mungkin menjadi doktrin kepada kumpulan sesat ini tertarik kepada kanak-kanak yang semua maklum umpama kain putih. Kanak-kanak ini dicorakkan oleh orang dewasa.

Kumpulan sesat menggunakan kealpaan ibu bapa untuk merekrut kanak-kanak. Persoalannya, adakah kita sebagai ibu bapa mampu menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin?

Jaga macam mana sekalipun, kumpulan sesat ini sentiasa berusaha dan memikirkan cara serta kaedah untuk memastikan agenda mereka berjaya.

Maka itu, tidak hairanlah apabila wujudnya buku-buku versi kanak-kanak yang dikarang oleh penulis sesat. Melihat kepada kulit depannya, ia berupaya menarik minat kanak-kanak atau para ibu bapa untuk membelinya.

Sikap sambil lewa ini kemudiannya mengundang musibah yang mungkin tidak berlaku dalam jangka masa pendek, tetapi akan berlaku pada jangka masa panjang setelah kanak-kanak ini melangkah ke alam remaja dan dewasa.



Tajuk-tajuk seperti  'Allah SWT Sumber Ciptaan', 'Hari Besar Al-Ghadir' dan 'Iman ada Dua Belas' yang terkandung di dalam buku 'Belajar Sambil Bermain' hasil hasutan imam Syiah Iran, Ibrahim Amini berupaya merosakkan akidah umat Islam dikalangan kanak-kanak.

Sekalipun ada peruntukan undang-undang seperti Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, peranan sebenarnya perlu dimainkan oleh para ibu bapa.

Para ibu bapa mahupun penjaga perlulah mengambil sikap berwaspada terutamanya melibatkan rutin harian anak-anak. Usah mengharapkan kepada pihak berkuasa semata-mata kerana ketika ini kita hidup dalam dunia tanpa sempadan. Jika bukan buku, 'ilmu-ilmu' yang disalurkan ke media atas talian juga berupaya merekrut kanak-kanak - dari dalam rumah.

No comments:

Post a Comment