Ziarah ke tanah perkuburan adalah suatu yang digalakan oleh syarak amalan ini kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat hari raya, kebiasaannya kita akan menziarahi kubur saudara mara khususnya kubur kedua ibubapa.. Apakah amalan ini perlu dihapuskan? selagi ia bukan tegahan Allah dan Rasulnya teruskanlah bila-bila saja , tidak semesti pada hari raya sahaja. Cumanya pada hari itu kita ada kelapangan , hari tu saja dapat balik kampung , maka silakan ziarah kubur orang tersayang. Dibimbangi kalau tidak ziarah pada hari raya, langsung tidak berkesempatan untuk ziarah.
Wednesday, 17 February 2016
Teladan Pengasas Sekolah Pondok
Buku tulisan sekumpulan ahli akademik dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) adalah himpunan biografi sembilan pengasas sekolah pondok di negeri berkenaan.
Tujuan utama penulisan buku tersebut adalah bagi mengenang dan sebagai penyataan terima kasih di atas segala jasa ulama terbabit yang semakin dilupakan apabila zaman silih berganti.
Antara yang diketengahkan ialah pengasas Madrasah Al-Najah, Kubang Lembu, Jitra; Omar Salleh yang meninggal dunia pada 1965.
Friday, 5 February 2016
Ajaran Sesat Membentuk Pemikiran Radikal
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Saya menyeru diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita memperkasakan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Justeru, menjadi pemangkin dan kekuatan untuk kita membangunkan syariat Islam. Dalam kesempatan pada hari yang mulia ini, mimbar ingin mengajak hadirin sekalian untuk menghayati khutbah yang bertajuk: “AJARAN SESAT MEMBENTUK PEMIKIRAN RADIKAL”.
Wednesday, 3 February 2016
"Dah Biasa Pakai Baju Lama, Asalkan Boleh Belajar"
“Baju sekolah baru atau lama tak jadi masalah, asalkan boleh belajar sebab nak tolong keluarga, lagi pun dah biasa pakai baju lama.”
Itu luahan pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Sungai Lampam, Muhammad Rusydi Mohd Fazli, ketika ditanya wartawan Sinar Harian.
Pondok Di Kedah Nafi Lahirkan Pengganas Militan
Kemunculan beberapa gerakan kumpulan pengganas di kebanyakan negara sejak kebelakangan ini ternyata memberi imej negatif kepada umat Islam di seluruh dunia.
Gerakan yang kononnya berjuang di atas prinsip dan landasan yang benar itu mendakwa negara-negara bersistem sekular halal untuk diserang.
Apakah itu sanad?
Sanad adalah silsilah atau rantai yang menyambungkan kita dengan yang sebelum kita, hubungan, sanad adalah hubungan kalau secara bahasa sanad adalah sesuatu yang terkait kepada sesuatu yang lain atau sesuatu yang bertumpu pada sesuatu yang lain, tapi didalam maknanya ini secara istilahi adalah bersambungnya ikatan bathin kita, bersambungnya ikatan perkenalan kita dengan orang lain, sebahagian besar adalah guru-guru kita yaitu orang yang dijadikan guru sanadnya atau hadits, sanad hadits misalnya mengambil dari fulan, dari fulan, dari fulan itu salah satu contoh sanad dan sanad kita sanad keguruan dari guru saya, guru saya dari gurunya, dari gurunya, dari gurunya, sampai Rasul sollallahu ‘alaihi wasallam atau dari saya bermazhabkan Syafi’i kerana guru saya bermazhab Syafi’i, saya ikut guru saya, guru saya ikut guru nya mahzabnya Syafi’i terus sampai ke imam Syafi’i itu sanad namanya.
Pendirian Lima Golongan Mengenai Ibadah Solat
Menunaikan solat lima waktu dengan penuh rasa insaf dan ketakwaan menandakan kita ingat kepada Allah Yang Maha Pencipta dan solat penuh ikhlas serta khusyuk mampu menghalang daripada perbuatan keji atau mungkar.
Menurut Muhammad Abdul Malik az-Zaghabi dalam bukunya Malang Kita Tidak Solat telah menjelaskan mengenai lima golongan yang menunaikan solat. Pertama, mu'aqab bermaksud golongan yang diazab iaitu yang menunaikan solat, tetapi tidak melaksanakannya dengan sempurna.
Jaga Adab Ketika Bergurau
Kehidupan zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.
Sistem Pendidikan Pondok Berkembang Kerana Politik?
Institusi pondok mengalami sedikit kemerosotan dalam dekad 1960an dan dekad 1970an akibat modenisasi yang melanda negara ini dan krisis keyakinan terhadap Pendidikan Islam yang dianggap tidak komersil seperti mana disiplin ilmu yang lain. Pendidikan pondok dianggap tidak berdaya saing dan tidak menjanjikan mobiliti sosial. Sistem nilai dan cara hidup barat yang liberal telah meresapi cara hidup dan cara pandang orang Melayu di negara ini. Bahkan di sekolah-sekolah kerajaan sendiri, jumlah calon yang mengambil subjek Pendidikan Islam dalam peperiksaan awam sangat merosot.
Dakwah Media Baharu
Kebelakangan ini program realiti Islamik yang disiarkan di kaca televisyen semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton di negara ini. Pelbagai tarikan gaya dan kreativiti termasuk jemputan pengacara selebriti dan ahli panel terkenal digunakan penganjur untuk menarik minat penonton.
Namun, dalam keasyikan menonjolkan program berunsur keislaman, terdapat beberapa perkara kecil yang terlepas pandang hingga mencacatkannya dengan penyiaran iklan-iklan produk yang tidak menepati ciri-ciri Islam.
Hidup Ini Bukan Untuk Bersedih
Jika dunia ini tiada keimanan di dalamnya, maka dunia ini tidak berguna, tidak bernilai dan tidak bermakna.
Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.
Tuesday, 2 February 2016
Ijtimak Pondok 2016: Pencarian Calon Anugerah Dibuka
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sedang mencari calon-calon yang layak bagi menerima beberapa kategori penerima anugerah pada Ijtimak Pondok Malaysia 2016 yang bakal berlangsung tahun ini di Terengganu.
Sehubungan itu, pihak YPPM amat mengalu-alukan cadangan daripada pihak Tuan/Puan/Mudir/Guru sekiranya terdapat pondok yang dirasakan layak untuk dijadikan calon bagi kategori anugerah yang telah ditetapkan.
Tahfiz Benar Anak Mengemis?
Usia mereka masih mentah tetapi mereka sentiasa dilihat berkeliaran membuat jualan amal atau dalam kata lain mengemis di tempat awam tanpa mengira waktu siang atau malam.
Secara logiknya ibu bapa tidak akan membenarkan anak-anak mereka bekeliaran di tempat awam terutama pada waktu malam. Tetapi lain pula penjelasan seorang ibu yang anaknya ditahan dalam operasi menyelamat kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengemis di sini pada 13 Jan lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)